~tukang supports~

Wednesday 25 July 2012

Usaha tangga kejayaan.

Terima kasih untuk semua yang terlibat menjayakan FESTOVAL KERJA KAHWIN KE-7 di MYDIN MALL yang lepas, terima kasih untuk yang terlibat dengan MAJLIS PERSANDINGAN WATIE ELITE & ABANG JOEY. pengalaman yang kami semua dapat, tak kan kami lupakan. I'allah..... Macam pea an WATIE, buat bersungguh-sungguh, sepenuh hati. KIKI percaya kalau kita usahakan sesuatu dengan sepenuh hati,ikhlas, jujur....xde niat buruk, I'allah, Allah akn membalas kesungguhan kita tu, yang penting jangan ada niat buruk terhadap seseorang...nanti rezeki kita tersekat. Salam RAMADHAN -Kiki-

PERKAHWINAN

12:50 pagi Mata masih segar akibat secawan hot caramel latte favorite td lepas berbuka. Situasi : tak tau nak update ape, tp i'allah I will try my best untuk menaip...bukan zaman dulu2 tau kena menulis. (siren polis lagi, banyak sgt kes yang melibatkan polis lately, kawan kawan....hati hati, Jaga diri) Urusan PERKAHWINAN nampak macam senang, tapi hakikatnya proses nak nikah & sanding tu kalau kita tak tau nak uruskan, mau pening kepala ni dibuatnya.Kiki tak de experience dalam urusan nikah, tapi ade beberapa pengalaman dalam majlis resepsi. Agak tough sebenarnya, hati kena kuat, hati kena cekal, fikiran Dan minda kena sentiasa positive. SABAR itu sangat penting. Yang paling utama...... Kalau setakat masalah kecik2 mcm besar hama tu, kite ignorekan je la ye. Tak dinafikan kalau dalam proses nak buat KERJA KAHWIN tu, memang banyak je campur tangan dr pihak pihak yang tak sepatutnya. Yang paling penting kn.... Korang kena appoint assistant yg mmg boleh diharap. And...... Tolong bg tau assistant tu, semua decision yg dibuat mesti dari korang. Bukan dr org lain. Pening tau org campur tangan ramai2 ni...huhu, Bulan puasa ni preparation untuk MAJLIS SANDING korang mesti agk slow ckit kn, Takpe....take your time.... All the best BAKAL PENGANTIN yang manis,stay positive! -love- Kiki

Friday 20 July 2012

FESTIVAL KERJA KAHWIN KE-7

assalamualaikum,


dah lama KIKI tinggal kan blog ter sayang ni di belakang, 
di antara kesibukan bekerja, menghadap FESTIVAL KERJA KAHWIN KE-7 yang penuh aksi mendebarkan macam cerita transformers yang bakal keluar di pawagam berdekatan rumah korang.
lepas promote contest hari tu, KIKI terus hilang, di tengah tengah kesibukan kota batu, dan kadang kadang hati ku perlu keras seperti batu. 


mesti ramai yang nak tau ape perkembangan KIKI & KERJA KAHWIN. KERJA KAHWIN, ok...tapi KIKI semakin berkembang seperti roti yang diisi ibu roti. puas..puas makan, makan tanpa perlu ingat bahawa berat badan KIKI semakin naik dan naik setinggi KLCC. * ok dah cukup mengarut la tuh, tak habis nak mengarut, nanti tinggal kat laut kang baru tau. 
______________________________________________________________________
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan MAJLIS PERSANDINGAN WATIE ELITE & ABANG JOEY pada 7/7/2012. hooooii, KIKI...dah lame baru nak update ke? jangan kesal, sebab saya memang pemalas orang nya! terima kasih kepada semua media yang buat cover, tak kisah la pasal MAJLIS PERSANDINGAN tu ke, pasal FESTIVAL KERJA KAHWIN KE-7 ke.. alhamdulillah, akhirnya dapat jugak MOSYAS DIVERSITY SDN BHD muncul di dada dada akhbar. * masih tidak faham kenapa kita sebut dada dada akhbar, bukan perut perut akhbar. :)




banyak sangat pengalaman yang KIKI dapat dari event lepas, semua tu tak kan KIKI lupe seumur hidup.
untuk WATIE ELITE....terima kasih banyak2 sayang, terima kasih kerana banyak sgt bantu KIKI, in term of morale support pon, ' u ajar i macam macam yang sangat berharga, yang i tak kan lupa sampai bila2, i rase sangat lucky dapat kenal u, kenal husband u, kenal afif. i'allah di kesempatan lain, KIKI harap sangat supaya kita tak lost contact.' hanya Allah dapat membalas semua kebaikan yang u ade dalam diri u, semoga u sentiasa happy dgn family u... 


semoga RAMADHAN kali ini memberi seribu keberkatan kepada kita semua, jumpa kami di FESTIVAL KERJA KAHWIN KE-8 di PLAZA ALAM SENTRAL pada 1-4 NOVEMBER 2012.






salam sayang dari KIKI, budak comot time buat kerja,  :)