~tukang supports~

Thursday 27 October 2011

PERINGATAN untuk SEMUA BAKAL PENGANTIN

hi semua, terima kasih sebab datang ke blog KIKI yang tak berape nak up ni...kakakakaka..buat lawak pulak kan.KIKI pon tak tau la berape ramai yang baca blog ni...harap2 ramai la yang sudi baca, :)

this Entry, KIKI dedicated special untuk semua yang akan BERKAHWIN dan sedang mencari-cari barang keperluan untuk BIG DAY korang..

semalam KIKI ade bace post di FACEBOOK, ade bride to be kena tipu dengan 1 BUTIK ni...actually KIKI kenal dengan KAKAK owner BUTIK tu.die based di SERI RAMPAI. ok...hint dah macam lebih-lebih pulak KIKI ni, belasah kang...

so far, die sorang je yang KIKI kenal ade masalah..yang lain lain...takde pon!! semua ok and line clear....KIKI just nak cakap hati hati ketika memilih, :) Kakak yang KIKI maksud kan tu memang susah sangat nak cari, especially bile pasal  $$$$$$$....KIKI pon pernah kena,

bride to be tu siap dah bagi deposit lagi, call tak angkat...call semua number pon tak angkat...adduuii, kesian tau kat orang.....


Sekali lagi KIKI pesan, hati-hati....tapi so far BUTIK2 lain yang KIKI kenal memang all out and 5 stars!!!

Panduan Budget untuk PENGANTIN

DATE

selepas 'i do'  cari lah date yang sesuai untuk BIG DAY korang, cari satu tempoh yang betul-betul korang get ready dari segi mental dan fizikal, terutamanya pasal financial. :)


LOCATION

plan untuk buat di RUMAH-DEWAN-HOTEL-GOLF CLUB-TAMAN-TASIK-PANTAI-SWIMMING POOL-ROOFTOP semua adalah bergantung kepada bakal pengantin tersebut, pilih lokasi yang terbaik untuk BIG DAY korang.


MAS KAHWIN & WANG HANTARAN

mas kahwin ikut ketetapan negeri masing-masing. wang hantaran pula ditetapkan oleh keluarga BRIDE, se eloknya bincang & ikut kemampuan pengantin lelaki.


BAJU SANDING
ter pulang kepada BRIDE & GROOM untuk tempah atau sewa sahaja baju sanding.. untuk yang mempunyai bajet yang sikit, kite sewa je la ye, :)


PELAMIN

rajin rajin kan survey butik butik pengantin yang ade, online atau pegi terus ke butik agar sesuai dengan bajet korang. kalau korang rajin survey mungkin anda akan jumpe butik yang offer good price.


BUNGA TELUR/CENDERAHATI

untuk jimat kan kos kite sebagai Pengantin boleh buat sendiri bagi menjimat kan kos. atau gunakan bahan-bahan yang menjimatkan. sekarang dah ramai pengantin yang DIY kan? 


SOLEKAN & ANDAMAN
di nasihat kan bakal pengantin untuk mengambil FULL PACKAGE sbb ini akan lebih menjimatkan.


KATERING & KANOPI

tolong...tolong make sure yang hidang makanan adalah cukup. buat calculation yg betul banyak mana kad jemputan yang dikeluar kan dengan pesanan makanan..jangan tak cukup makanan di waktu majlis pulak, disaster name nye tu.


KAD JEMPUTAN

kad tak perlu lah yang terlalu mahal, ikut kan bajet yang kite ada dah cukup. kadang-kadang kite boleh buat kelainan membuat kad sendiri di samping menjimatkan! :)


BARANG HANTARAN

pastikan barang barang yang menjadi barang hantaran tu boleh digunakan selepas kahwin.



Tuesday 25 October 2011

Carta Alir Ujian Saringan HIV untuk KAHWIN di klinik Kerajaan

pelamin KAHWIN

Entry kali ni, KIKI akan bagi sedikit info mengenai PELAMIN...

* PELAMIN mesti di siapkan sekurang kurang nya sehari sebelum tarkh sanding.

* Hiasan nya mesti lah sesuai, kalau buat di dewan, make sure pelamin yang digunakan tu sesuai dengan size stage, kalau kat rumah, jangan over hias sebab nanti hiasan sarat..dah tak nampak pengantin.

* kalau ade extra budget, boleh la gunakan FRESH FLOWERS, sebab fresh flowers boleh naik kan seri.

tips untuk PELAMIN :

* sekiran nya majlis korang kat rumah, sile alihkan semua perabot di hall tu.ini bertujuan untuk menampakkan lagi ruang yang luas dan selesa di rumah korang..


*  sedia kan ruang/ jalan. red carpet untuk BRIDE & GROOM ke Pelamin & meja beradab. jangan sesekali abaikan ruang untuk korang berjalan, sekurang kurang nya....buat la RED CARPET... jangan tibe2 korang nk kena jalan tepi-tepi longkang, kalau jatuh....phheeww, trauma seumur hidup...

Monday 24 October 2011

CINTA JARAK JAUH

hai semua! ape kabar? Entry kali ni KIKI akan cakap pasal CINTA JARAK JAUH atau PJJ...


ade sesetengah orang tu,, tak suke percintaan JARAK JAUH..macam KIKI laaa, aik??? bile masa bercinta nih? dalam diam tau!! :P



dalam CINTA JARAK JAUH ni both sides lelaki dan perempuan memainkan peranan yang sangat sangat penting, untuk make sure ikatan perhubungan tu tidak die khianati...beberapa perkara yang kita boleh buat untuk mengekalkan perhunbungan itu ialah :

~ sentiasa ingat kan diri supaya sentiasa setia pada pasangan.

~ sentiasa berkomunikasi

~beri kejutan pada pasangan

~usaha untuk jumpa walaupun sekejap

xoxo
kiki :)

Friday 21 October 2011

tips untuk OUTDOOR VENUE



untuk pemilihan VENUE KAHWIN OUTDOOR & INDOOR , itu  terpulang la kepada BRIDE & GROOM untuk pilih tempat tu,. yang pasti..make sure majlis korang MERIAH!! KAHWIN sekali seumur hidup kan?? this Entry KIKI akan bagi sedikit info untuk :


OUTDOOR

 SELESA

make sure BRIDE & GROOM buat research mengenai VENUE yang telah dipilih. selesa atau tidak, yang penting kena provide KIPAS sebab negara kite PANAS :)


 DEKORASI

sesuai untuk OUTDOOR, terutamanya kalau BRIDE & GROOM tu prefer untuk buat     GARDEN,fresh environment.
.

CUACA

perlu alert dengan keadaan cuaca pada date yang korang dah decide tu...jangan nanti musim bah pulak.... :(



PELAN KEDUA ( BACK UP PLAN )

as a BRIDE & GROOM, kite kena stand by khemah atau dewan yang dekat dengan VENUE kite tu, ini bertujuan untuk SELAMAT KAN DIRI sewaktu hujan ke, ribut ke....


' PERMIT

sile mintak kebenaran atau permit untuk MAJLIS anda, nanti tak pasal-pasal kena halau...alaahaaaii haru nye kalau jadi macan tu kan?


Kiki doa kan semua BRIDE & GROOM sentiasa dipermudahkan urusan untuk MAJLIS korang nanti... :)

~kiki~

nikah di MASJID


Salam Jumaat semua, apa kabar? hope semua sihat....Entry kali ni KIKI akan cakap pasal nikah di Masjid. bagi sesetengah orang, die orang dah decide untuk NIKAH DI MASJID, bak kata orang nak mendapat berkat kan.. lagi satu ape yang KIKI nampak, dapat la kite meng imarahkan lagi masjid kan?

bile kite decide untuk nikah di masjid, tolong jangan lupe beberapa adab dan sopan yang SANGAT-SANGAT penting ni ye, selamat membaca :)


untuk FEMALE, jangan lupe menutup AURAT

niat IKTIKAF di masjid


jangan bercampur atau bergaul bebas antara lelaki & perempuan


hormat jemaah lain, jangan membuat bising


BRIDE to be tidak boleh masuk ke dalam dewan solat sekiranya HAID 


 Barang-barang hantaran diserahkan selepas AKAD NIKAH di rumah BRIDE...


 jangan bergambar atau berpsoing sakan di sekitar masjid... ( kena hormat tempat ibadat )


kalau boleh, hanya MAS KAHWIN saje yang dibawa ke MASJID, upacara menyarung CINCIN adalah lebih baik di lakukan di rumah BRIDE tersebut sahaja.


SEMOGA RUMAH TANGGA YANG AKAN DIBINA AKAN MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH SWT... :)

~kiki~

Thursday 20 October 2011

senarai klinik kesihatan yang menjalankan ujian HIV di KL

SENARAI KLINIK KESIHATAN YANG MENJALANKAN UJIAN HIV WPKL

MASA : 2.00 pagi - 4 .30 petang ( HARI : ISNIN – JUMAAT)
MASA : 2.45 petang – 4.30 petang ( HARI : JUMAAT)


Jabatan Kesihatan DBKL – 03 92845166 * (Hari Rabu Sahaja)
KM 4, Jln. Cheras, Kuala Lumpur


Klinik Kesihatan Kuala Lumpur – 03 26155752
Hospital Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Putrajaya – 03 88883057
No. 1, Jln. Presint 9E, Putrajaya

Poliklinik Komuniti Tanglin – 03 26983311
Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Cheras – 03 91304583
Batu 4 ½, Jln. Cheras, Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Cheras Baru – 03 42946114
Jln. 16, Kg. Ch eras Baru, Off Jln. Ku ari

Klinik Kesihatan Batu – 03 62573355
Batu 4 ½, Jln. Ipoh, Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Petaling Bahagia – 03 77829355
Batu 6, Jln. Puchong, Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Dato’ Keramat – 03 42573333
Jln. Jelatek, Dato’ Keramat, Ku ala Lumpur

Klinik Kesihatan Kampung Pandan – 03 92810272
Jln. Kg. Pandan, Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Pantai, Bangsar – 03 22881071
Blok C, Wisma Ghoshen, Plaza Pantai, Off Jln. Pan tai Baru, KL

Klinik Kesihatan Jinjang – 03 62583355
No 2, Jln. 4/16, Jinjang Utara Tamb ahan, kl

Klinik Kesihatan Setapak – 03 41425429
No. 26/28, Jln. 9/23A, Medan Makmur, Setapak, KL

Klinik Kesihatan Sentul – 03 40427557
189 , Jln Perhentian, Off Jln. Hj. Salleh, Sentul, KL

Klinik Kesiha tan Sung ai Besi – 03 90585464
 Jalan Besar, Sungai Besi, KL
 
Klinik Kesiha tan Bandar Tun Razak – 03 91713333
No. 16&18 Jln. Jujur 3 , Bdr. Tun Razak, KL


* so far KIKI saja je uploadkan untuk KL je dulu....kalau kawan-kawan request untuk negeri lain KIKI akan usaha kan....

BEFORE PEGI TU, CALL LA DULU YE, TANYE DETAILS... :)

hugs~
KIKI

Prosedur KAHWIN untuk pasangan di WILAYAH KUALA LUMPUR

salam semua, hari ini KIKI nak share sikit pasal Prosuder KAHWIN untuk pasangan yang DUA-DUA DARI KUALA LUMPUR...

PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN DI
WILAYAH PERSEKUTUAN .


(a.) Borang permohoan kebenaran berkahwin “ Borang 1” terpakai bagi semua pemohon yang
tinggal di Wilayah Persekutuan sahaja atau bagi pemohon yang bermastautin di Wilayah
Persekutuan tetapi tinggal di luar Wilayah Persekutuan.


(b.) Borang permohonan hendaklah di isi dengan lengkap dalam dua (2) salinan dengan
menggunakan dakwat hitam atau biru dan disahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan,
Perceraian dan Ruju’ bagi kariah masing-masing.

(c.) Memadam perkataan yang salah atau ditindih adalah tidak dibenarkan.

(d.) Pemohon dan wali hendaklah hadir di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian
dan Ruju’ kariah ketika menandatangani borang tersebut bagi tujuan pengesahan.

(e.) Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ kariah hendaklah memastikan borang
permohonan di isi dengan lengkap dan dokumen-dokumen berkaitan disertakan sebelum
menandatangani borang tersebut beserta dengan cop jawatan Penolong Pendaftar
Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ kariah.

Lampiran-lampiran dokumen adalah seperti berikut:


PEREMPUAN
1. Satu salinan Kad Pengenalan .
2. Satu salinan Kad Pengenalan Wali yang sah.
3. Satu salinan surat mati jika Wali Akrab telah meninggal dunia.
4. salinan surat nikah ibubapa.
5. Surat tandatangan Wali Jauh sekiranya Wali tidak tinggal di Wilayah Persekutuan atau tidak dapat hadir dihadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ kariah.
6. Surat Perakuan Cerai yang asal sekiranya bercerai.
7. Salinan surat mati dan salinan surat nikah sekiranya kematian suami.
8. Sijil Kursus Pra Perkahwinan jika umur kurang dari 40 tahun.
9. Surat kebenaran berkahwin dari Angkatan Tentera (BAT D 193) jika anggota tentera
10. Surat kebenaran berkahwin kali pertama dari Jabatan Polis jika anggota polis.
11. Surat Kebenaran Berkahwin dari Mahkamah Syariah jika pemohon berkahwin bawah umur.
12. Salinan Surat Akuan atau Kad Akuan memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dan surat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau Surat Cerai
sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.
13. Surat Wakalah Wali sekiranya Wali tidak dapat hadir di dalam majlis akad nikah.
14. Surat kebenaran berkahwin secara Wali Hakim dari Mahkamah Syariah jika sekiranya perkahwinan dijalankan secara Wali Hakim.
15. Bermastautin / tinggal di wilayah Persekutuan. Sekiranya alamat tempat tinggal di Wilayah
Persekutuan tetapi alamat didalam kad pengenalan bukan didalam Wilayah Persekutuan, perlu
pengesahan anak kariah daripada Penolong Pendaftar NCR dengan mengemukakan bil cukai pintu
rumah tersebut.

LELAKI
1. Satu salinan Kad Pengenalan.
2. Surat akuan bujang dari majikan jika bekerja dengan majikan atau surat Akuan Sumpah Bujang
dari Pesuruhjaya Sumpah jika tiada majikan.
3. Surat Perakuan Cerai sekiranya bercerai.
4. Salinan surat mati dan salinan surat nikah sekiranya kematian isteri.
5. Sijil kursus pra perkahwinan jika umur kurang dari 45 tahun.
6. Surat kebenaran berkahwin dari Angkatan Tentera (BAT D 193) jika anggota tentera.
7. Surat kebenaran berkahwin kali pertama dari Jabatan Polis jika anggota polis.
8. Surat kebenaran berkahwin di bawah umur dari Mahkamah Syariah jika bawah umur.
9. Surat kebenaran berpoligami dari Mahkamah Syariah ( bagi permohonan poligami).
10. Salinan Surat Akuan atau Kad Akuan memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dansurat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau Surat
Cerai/Surat Pembubaran Perkahwinan sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.
16. Bermastautin / tinggal di wilayah Persekutuan. Sekiranya alamat tempat tinggal di Wilayah
Persekutuan tetapi alamat didalam kad pengenalan bukan didalam Wilayah Persekutuan, perlu
pengesahan anak kariah daripada Penolong Pendaftar NCR dengan mengemukakan bil cukai pintu
rumah tersebut.

salam sayang~

KIKI

Wednesday 19 October 2011

BORANG KEBENARAN BERNIKAH

Entry kali ni, KIKI akan attach kan FORM KEBENARAN NIKAH UNTUK LELAKI & PEREMPUAN untuk KUALA LUMPUR & SELANGOR :)

 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

untuk WILAYAH KUALA LUMPUR, borang PERMOHONAN NIKAH adalah sama : for the details can CLICK HERE : BORANG NIKAH KUALA LUMPUR


NEGERI SELANGOR

LELAKI : BORANG PERMOHONAN KAHWIN

PEREMPUAN : BORANG PERMOHONAN KAHWIN

Tuesday 18 October 2011

persediaan KAHWIN dalam tempoh 3-6 bulan


  • tempah KAD KAHWIN
  • pilih CINCIN yang diingini
  • susun atur PROGRAM MAJLIS
  • buat appointment dengan PEREKA PAKAIAN
  • mulakan persediaan untuk gubahan hantara
  • rancang DOOR GIFT untuk guests
  • sediakan semua DOKUMEN yang perrlu untuk NIKAH
 

persediaan KAHWIN dalam tempoh 6-12 BULAN

hello, heeee....nampak sangat kiki ni malas nak update blog kan, bukan ape...weekend je busy buat activities dengan kawan-kawan.... :)


6-12 bulan 

  • tetap kan DATE untuk nikah, sanding & resepsi  (jika ada)
  • bincang BAJET yang akan dikeluarkan untuk majlis 
  • GUEST LIST
  • kalau buat di HALL / HOTEL kena booking siap-siap
  • pilih PHOTOGRAPHER
  • pilih CATERING
  • mula mencari pakaian untuk majlis
  • cari PERFORMANCE (jika ada)
  • buat persediaan untuk tempah KAD KAHWIN & TEMA
  • pegi KURSUS KAHWIN

Wednesday 12 October 2011

Tips untuk memilih KAD KAHWIN


salam rabu semua kawan kawan EKSPO KAHWIN ,

ape kabar? hope semua sihat walafiat hendaknya....huh, sedar tak sedar sekarang hari rabu dah? rabu? yeaaayyy tak lame lagi friday u!

entry kali ni kite cakap pasal KAD KAHWIN ye.....

1 - bile kite decide nak kahwin, KAD KAHWIN adalah benda pertama yang kite kena fikir. sebab melalui KAD KAHWIN tu la banyak MAKLUMAT mengenai majlis kite tu...

2- KAD KAHWIN yang murah tak semestinya tidak cantik. untuk tahu KAD KAHWIN tu baik atau tak...jom tengok list kat bawa :

- kertas yang bermutu
- FONT ( huruf) yang cantik & senang dibaca
- sampul kad yang bermutu
- cara olahan kad yang kreatif dari segi bentuk, cetakan dan lipatan
- tiada sebarang kesalahan pada KAD KAHWIN tersebut. 

 
PERINGATAN : 

* tempah KAD KAHWIN secepat mungkin sekurang kurang nya 2 bulan sebelum majlis.
* DESIGN KAD KAHWIN tu kena refer parents jugak ye, takut-takut ade golongan yang dijemput tak dapat terima... hati orang tua kena jaga, :P 

Tuesday 11 October 2011

11 tips untuk hantaran sempurna

hi semua! entry kali ni KIKI nak bagi tips untuk HANTARAN... hope dapat tolong bride and groom to be semua! 


1 - warna alas atau dulang mesti lah sesuai dengan bunga yang dipilih. warna tidak perlu menggunakan tone yang sama, warna kontra amat lah di galak kan.

2- barang hantran yang dipilih mestilah sesuai dengan warna bunga, warna alas dulang, bentuk & saiz gubahan.

3- jangan gunakan DOUBLE TAPE ( barang hantaran mungkin rosak)

4- guna reben yang besardan berdawai tepi untuk memudahkan pembentukan hiasan.

5- kalau gune FRESH FLOWERS, pastikan span basah dibalut dengan plastik nipis.

6- seimbang kan pemberian makanan & barang-barang.

7- dekorasi untuk hantaran yang ber bentuk makanan, pasti kan dalam bekas ber tutup.

8- jangan susun gubahan terlalu tinggi.

9- jangan lupe buang tag harga barang hantaran. :)

10- bincang mengenai barang hantaran, pastikan kedua dua pihak mengguna kan dulang yang sama tinggi, atau sama rendah.

11- jangan guna kan bunga segar kalau perjalanan majlis pernikahan yang jauh...



* jangan lupe add EKSPO KAHWIN di FACEBOOK! :)

Wednesday 5 October 2011

KAHWIN & TANGGUNG JAWAB

kahwin dan tanggung jawab...bersedia ke semua? tanggung jawab suami kepada isteri, isteri kepada suami...belum anak-anak lagi...pada KIKI kalau kite betul-betul bersedia, i'allah tak kan ada masalah dalam rumah tangga nanti. 


tapi...KIKI sedih bile tengpk parents bawak baby naik moto ke mana-mana....bersediakah mereka untuk memiliki anak? utamakan keselamatan anak tu yang penting... kesian baby tu panas, sejuk... hope dapa jadikan iktibar untuk kite semua! :)

Tuesday 4 October 2011

EKSPO KAHWIN KL EDISI 4






EKSPO KAHWIN KL EDISI 4 sudah pon selesai, banyak yang KIKI nak update berkenaan EKSPO KAHWIN ni..nanti bile KIKI dah ade idea how to write, KIKI will update. TERIMA KASIH kepada semua pihak yang terlibat dengan EKSPO KAHWIN KL EDISI 4 hari tu.. JUMPA LAGI di EDISI 5 pada 2012 nanti...




SALAM SAYANG
~kiki~