~tukang supports~

Thursday 20 October 2011

Prosedur KAHWIN untuk pasangan di WILAYAH KUALA LUMPUR

salam semua, hari ini KIKI nak share sikit pasal Prosuder KAHWIN untuk pasangan yang DUA-DUA DARI KUALA LUMPUR...

PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN DI
WILAYAH PERSEKUTUAN .


(a.) Borang permohoan kebenaran berkahwin “ Borang 1” terpakai bagi semua pemohon yang
tinggal di Wilayah Persekutuan sahaja atau bagi pemohon yang bermastautin di Wilayah
Persekutuan tetapi tinggal di luar Wilayah Persekutuan.


(b.) Borang permohonan hendaklah di isi dengan lengkap dalam dua (2) salinan dengan
menggunakan dakwat hitam atau biru dan disahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan,
Perceraian dan Ruju’ bagi kariah masing-masing.

(c.) Memadam perkataan yang salah atau ditindih adalah tidak dibenarkan.

(d.) Pemohon dan wali hendaklah hadir di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian
dan Ruju’ kariah ketika menandatangani borang tersebut bagi tujuan pengesahan.

(e.) Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ kariah hendaklah memastikan borang
permohonan di isi dengan lengkap dan dokumen-dokumen berkaitan disertakan sebelum
menandatangani borang tersebut beserta dengan cop jawatan Penolong Pendaftar
Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ kariah.

Lampiran-lampiran dokumen adalah seperti berikut:


PEREMPUAN
1. Satu salinan Kad Pengenalan .
2. Satu salinan Kad Pengenalan Wali yang sah.
3. Satu salinan surat mati jika Wali Akrab telah meninggal dunia.
4. salinan surat nikah ibubapa.
5. Surat tandatangan Wali Jauh sekiranya Wali tidak tinggal di Wilayah Persekutuan atau tidak dapat hadir dihadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ kariah.
6. Surat Perakuan Cerai yang asal sekiranya bercerai.
7. Salinan surat mati dan salinan surat nikah sekiranya kematian suami.
8. Sijil Kursus Pra Perkahwinan jika umur kurang dari 40 tahun.
9. Surat kebenaran berkahwin dari Angkatan Tentera (BAT D 193) jika anggota tentera
10. Surat kebenaran berkahwin kali pertama dari Jabatan Polis jika anggota polis.
11. Surat Kebenaran Berkahwin dari Mahkamah Syariah jika pemohon berkahwin bawah umur.
12. Salinan Surat Akuan atau Kad Akuan memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dan surat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau Surat Cerai
sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.
13. Surat Wakalah Wali sekiranya Wali tidak dapat hadir di dalam majlis akad nikah.
14. Surat kebenaran berkahwin secara Wali Hakim dari Mahkamah Syariah jika sekiranya perkahwinan dijalankan secara Wali Hakim.
15. Bermastautin / tinggal di wilayah Persekutuan. Sekiranya alamat tempat tinggal di Wilayah
Persekutuan tetapi alamat didalam kad pengenalan bukan didalam Wilayah Persekutuan, perlu
pengesahan anak kariah daripada Penolong Pendaftar NCR dengan mengemukakan bil cukai pintu
rumah tersebut.

LELAKI
1. Satu salinan Kad Pengenalan.
2. Surat akuan bujang dari majikan jika bekerja dengan majikan atau surat Akuan Sumpah Bujang
dari Pesuruhjaya Sumpah jika tiada majikan.
3. Surat Perakuan Cerai sekiranya bercerai.
4. Salinan surat mati dan salinan surat nikah sekiranya kematian isteri.
5. Sijil kursus pra perkahwinan jika umur kurang dari 45 tahun.
6. Surat kebenaran berkahwin dari Angkatan Tentera (BAT D 193) jika anggota tentera.
7. Surat kebenaran berkahwin kali pertama dari Jabatan Polis jika anggota polis.
8. Surat kebenaran berkahwin di bawah umur dari Mahkamah Syariah jika bawah umur.
9. Surat kebenaran berpoligami dari Mahkamah Syariah ( bagi permohonan poligami).
10. Salinan Surat Akuan atau Kad Akuan memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dansurat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau Surat
Cerai/Surat Pembubaran Perkahwinan sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.
16. Bermastautin / tinggal di wilayah Persekutuan. Sekiranya alamat tempat tinggal di Wilayah
Persekutuan tetapi alamat didalam kad pengenalan bukan didalam Wilayah Persekutuan, perlu
pengesahan anak kariah daripada Penolong Pendaftar NCR dengan mengemukakan bil cukai pintu
rumah tersebut.

salam sayang~

KIKI

No comments:

Post a Comment